Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Perhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Untuk Ibu, Sahabat terdekat, kesayangan hati yang pertama, Cinta Tanpa Syarat - Terima kasih atas semuanya.....Moga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah, kebahagiaan, keberkatan serta kesihatan yang berpanjangan. Terima kasih...Mohon ampun atas semua salah dan silap nurul....Nurul sayanngggg mak! Khamis ni nurul balik rumah~ kita masak sama-sama macam plan fatin na..nice~ oh, just cant Wait!! ^____^v
p/s: kenapa suka bunga Ros?? sebab tu maksud nama my beloved mum~~~
[Bulan Mei sambutan hari ibu, hari bapa, hari guru dan hari jadi beberapa vvip kesayangan!! - Kasih Sayang Allah melalui kasih sayang mereka.... :)]
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".(S Ibrahim 14:41)
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.(Al Isra' 17:23) P/S: Somehow nak dedicate jugak post ni untuk semua bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa di luar~~
=)



2 comments:
kenapa suka bunga Ros?? sebab tu maksud nama my beloved mum~~~
sweet la hana. I'll let your Mr Right know nanti..cara-cara mengambil hati dan mak mertua. bagus tips ni. lol~
hmm, sentiasa doakan orang tua kita, mudah-mudahan bahagia dunia akhirat, insyaAllah.
1. haha..mcm tu pulak eh? isk3..
terima kasih la ye. kiv dlu.
2. yup..insyaAllah. syg mak abah~ hehe..
Post a Comment