Saturday, November 10, 2012

Menjaga Hati

…Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim, Hadith No.6 Hadith 40 an-Nawawi)

Sudah terang lagi bersuluh. Hati menentukan baik buruknya manusia. Kefahaman menentukan baik buruknya hati.

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Allah?

Allah yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik, terlentang terlangkup, timbul tenggelam dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap milisaat, setiap nanosaat, HATI berperang dengan NAFSU yang sentiasa dihasut syaitan. Milik siapakah kemenangan kalau bukan hati yang baik dan bersih yang dimankin oleh kefahaman yang jelas.

Jagalah hati

Kirana sekelurahan:
Jagalah hati. Mohon maaf dan tinggalkan wasiat yang baik. Adat bepemergian..merantau lagi. bubye~

Taqaballahu mina wa mingkum
Taqabal yaa karim


Illalliqa Wassalamah..

0 comments: