Saturday, November 10, 2012

Adik-adikku sayang



Bersama adik-adik puteri dan kakak-kakak faci!



Makan tengahari bersama-sama. Ni gambar geng-geng hero!


Sepakat Membawa Berkat - Siapa yang jadi ketua, siapa yang mencari ketua?
Ada masa kita kena jadi ketua yang baik. Ada masa kita kena jadi pengikut yang baik. TAPI, Setiap masa, kena pimpin diri kita jadi seorang yang baik.. ok tak??

Kemudian kita main pasang kereta. Setiap kumpulan, adik-adik diberi diberi satu set permainan kereta dan disuruh memasang kereta tersebut tanpa sebarang manual. Haa....macam mana nk buat tu? Akak tengok ada yang kreatif dengan tayarnya, ada yang tanya-tanya abang-abang faci macam mana nak pasang?? Ada yang dah kerut-kerut dahi..

Tapi bila diberi manual, barula rasa-rasa macam nampak macam mana nak pasang tu kan?
kan? kan? kan? kan?

Itu kereta, bolehla kalau salah pasang, dibetulkan bahagian yang salah. Tapi macam mana kalau manusia tersalah jalan, tersalah cara hidupnya??
Jadi hidup ni, kena sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, itu Manual kita..
Selalu-selalu belajar lagi ya..


Seterusnya kita main lukis-lukis pulak! Apa saya akan jadi 10/20 tahun akan datang…
Tekun adik-adik melukis. Abang abang dan kakak kakak faci pun lukis-lukis sekali..

Rumah saya..

Saya la tuh..lagi 10 tahun. Ini gambar nabila kalau K Farhana tak silap.. Nabila nak jadi Ustazah macam umi, nabila suka makan kek, rumah nabila ada pokok rambutan.. =)
Kereta saya, rumah saya..

Abang ni nak jadi polis..
Akak paling suka lukis-lukis ni. Cita - cita tu bagus. Bagi semangat untuk kita berjaya. Merancang masa depan. Tapi penting sekali cita-cita tu kita sertakan dengan usaha yang tekun.
Simpan lukisan tu dan tengok selalu. Mana tahu, yang cita-cita jadi polis tu nanti jadi Ketua Polis Negara, tak pun jadi Doktor Polis. Yang nak jadi ahli politik tu, nanti dah jadi YB bahagian Manjoi. Yang jadi doktor tu..berkhidmat dengan cemerlang untuk masyarakat. Yang jadi cikgu, barisan pendidik bangsa. Adik-adik kena rajin belajar, tekun belajar, dan sentiasa berusaha. InsyaAllah. Usaha yang terbaik. Akhir nanti Allah yang tentukan penghujung perjalanan kita semua....Kami sentiasa doakan untuk kecemerlangan adik-adik. =)

Yang mana akan ada peperiksaan UPSR, PMR, SPM tahun ni.. Selamat belajar dengan cemerlang ya. UPSR 5A, PMR 8A, SPM, 10A insyaAllah Amin..
ESQ UTP Team!
Satria UTP GO!! GO!! GO!!
Satria UTP FIGHT!! FIGHT!! FIGHT!!
Satri UTP WIN!! WIN!! WIN!!
buat adik-adik, moga perkenalan kita kekal sampai bila-bila ya...
jaga diri, jaga iman, jaga 'amal.
sayang semua orang. ^_^

Setiap jiwa itu punya mimpi sendiri
Memiliki segala persis insan biasa
Hapus semua duka belai jiwa mereka
Kerana mereka jua anak dan adik kita

Setiap saat kau mengertilah
Kasih sayang kita kepada mereka
Umpama sayap buat mereka
Terbang tinggi dengan megahnya

Wahai adik adik ku syukur seadanya
Kurang sedikit bukan punah segala
Selagi percaya kau kepada-Nya
Kau pasti berjaya buat selamanya


InsyaAllah.. ^_~

3 comments:

Admiral Hafiz said...

best2
memang seronok sangat2
t nk update gak la kat blog saya
http://admiralhafiz.blogspot.com/
follow2 n komen2 la k

thankx utk transport ke umah anak yatim 2
btw, ingat lagi x name saya ape?
haha

izaanirfan said...

wah~~~~ dah ada post!!!!

Nurul Farhana said...

@ hafiz: oki, skrg da ingt! haha. tettt. susah sgt nk ingt nama org. sampai 3 kali tanya. btw, da masukkan dlm link akak.

@ izaan: updated! :)