Saturday, November 10, 2012

Barakallahulakum..

Barakallahulakuma..wa Baraka a’laikuma..wa ja ma’abainakuma fi khair..
Maksudnya : “Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya" (HR Thabrani)

Baginda lalu berkata, “Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah”. (Riwayat Suyuti)

Baginda berpesan lagi: “Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Terlalu banyak hadith-hadith dan ayat al-quran yang mmenggesa dan menggalakkan manusia untuk bernikah.

Tahniah buat sahabat-sahabat yang telah dan akan bernikah. Saya tumpang bahagia atas kebahagian kalian.
Tahniah kerana berjaya menyempurnakanlah sebahagian daripada agama dan sebahagian lagi hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah.

Pernikahan bukanlah suatu yang dibanggakan, tetapi ia adalah amanah yg akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.

Rumah tangga lebih besar dari hal kita berdua. Ia lebih panjang dari apa yang kita sangkakan. Bukan terbina atas suka-suka semata-mata. Tetapi perlu dibina dengan perancangan hakikatnya.
Kahwin adalah untuk membina rumah tangga, madrasah pertama kepada ummah..

“Perkahwinan hanyalah gerbang. Rumah tangga adalah perjalanan selepas kita melepasi gerbang itu.”

Buat yang belum bernikah, bukan bermakna kalian tidak berjaya melaksanakannya, Cuma mungkin belum bersedia atau belum menemui calon yang sesuai atau mungkin juga belum sampai masanya giliran kalian..

..semoga penulisan ini bermakna..

0 comments: