Saturday, November 10, 2012

Erti Hidup Pada Memberi

TQ FOR ALL THE PRAYERS AND BIRTHDAY WISHES! :)

1. Hidup ini Indah.
Setuju?

hmm..hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.

Yang mungkin bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandu dengan iman dan taqwa di hati.

Hidup akan jadi tersangat indah. Terima kasih semua menambahkan lagi keindahan itu.

Buah hati saya, mak; abah; fatin; asma; mad; hasbullah; abdul rahman; melissa; ika

BFF, Sahabat dan kenalan yang jauh di mata dekat dihati! :)

Saya tenang dan suka sekali dengan ucapan, doa dan hadiah/kejutan kalian! ;)

2. Jarak antara hidup dan mati:

Saya petik dari Saiful Islam :

Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja [dan andai diizinkanNya] – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.

Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai..

Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati..

Bagaimana kualiti solat kita?
Sabda Nabi "“bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
Alfatihah untuk seorang sahabat saya, Azmeer. Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama.

......

Maaf kalau penulisan ini dimulakan dengan kisah kematian. Namun menyedari akan benarnya sebuah kematian di hujung perjalanan, maka mungkin kita lebih menghargai kehidupan ini.

3. Kehidupan menurut saya

Tidak membenarkan atau menyalahkan sesiapapun tentang bagaimana mereka menyusun kehidupan mereka. Tapi menurut saya, hidup harus ada sesuatu yang perlu dipertahankan.

Ingat pepatah "begin with end of your mind" yakni apabila memulakan perkara, pengakhiran harus sedia dalam pemikiran dan pengakhiran yang hakiki adalah ganjaran yang bakal didapati ketika di akhirat nanti. Jadi apa yang dipertahankan? dan siapa kita dipandangan Allah?

4. Me, Myself and I
I am three persons: The person others think I am; the person I think I am; the person Allah knows I am.

5. Cita-cita
22 tahun, terlalu banyak lagi perkara yang masih perlu dan mahu dikejar, dipelajari, diperlukan, diuji, dikenali.

Mudah-mudahan semuanya lancar..

Wallahualam..

And as I watch beautiful colours with joy, and my smile gets a reason to stay~ :)
[tengah berkira-kira nak cat bilik baru kaler pic-pink! ^_^]

0 comments: