Saturday, November 10, 2012

Hajat


Entry terakhir untuk sementara waktu...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Tidakkah kita memerhatikan?
Hidup terlalu singkat untuk bermain dengan persoalan hati.
Kadang dalam senyuman pun keikhlasan perlu diperjuangkan
.


Tapi tak apalah. saya tiada masa untuk mendung, gelap dan awan hitam dalam ruang masa saya. Setiap kita ada sesuatu yang dipertahankan dalam kehidupan.

Masing-masing punya hajat, sebab, cita-cita atau objektif yang memungkinkan kita 'pertahankan' apa yang diperjuangkan.
[personally, of course i hv my own reason for everything i did. even no solid reason also come with a reason. u'll know only if you asked and simply do not assume]
Doa saya, biarlah apa yang diperjuangkan itu yang terbaik untuk agama.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; [2:217]

Bacalah ayat ini sebagai doa selepas solat sunat hajat..Mudah-mudahan apa yang dicitakan termakhbul, dengan izin Allah. :)


















“Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”

“Wahai Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamamu dan ketaatan.”



ilalliqa..jazakallahu khairan kathiran...

0 comments: