Slot pertama OH MERTUAKU!
Penceramah : Ustaz Pahrol Md Juoi (Penulis,
Pengurus Besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.)
1. Sebaik-baik cara menyampaikan ilmu
adalah dengan mengamalkannya. Rasulullah saw, demi untuk menyampaikan AlQuran,
Baginda menjadi AlQuran yang hidup.
2. Dalam kehidupan, sudah menjadi
sunatullah, apabila kita dapat sesuatu, kita akan kehilangan sesuatu. Pastikan
apa yang kita dapat lebih bernilai daripada apa yang kita lepaskan.
3. Nabi Sulaiman as
pernah ditawarkan untuk memilih samada harta, kuasa atau ilmu. Ternyata, Nabi
Sulaiman as memilih ilmu, lalu baginda mendapat ketiga-tiganya sekali – ilmu,
harta dan kuasa.
4. Keluarga Islam – satu
institusi sebagai benteng terakhir umat Islam.
Selepas
menjadi seorang muslim, kita perlu membentuk baitul muslim.
Circle of
influence akan menawan circle of concern.
Sebaik-baik
lelaki adalah mereka yang terbaik dengan keluarga. Seseorang yang berjaya
diperingkat mikro, barulah akan berjaya diperingkat makro. Kalau tidak,
sebenarnya dia seorang yang bermuka-muka.
Perkara ini
menimbulkan sebab untuk bimbang, kerana setiap 15 minit terdapat kes
perceraian/masalah rumah tangga di Malaysia. Dan setiap 18 minit juga, anak
luar nikah dilahirkan...
(Nauzubillah!)
Oh! mertuaku – Perkataan oh bersama
tanda seru mungkin bermakna dua nada. Dengan luahan (mengeluh) ataupun dengan
kasih sayang. (senyum)
Yang paling
penting, kne betulkan paradikma, mindset – berkenaan hubungan mertua &
menantu. (terbayang cerita P Ramlee – Ibu mertua ku) hahaha. Itu satu paradikma
yang serong.
Sebelum buat
sesuatu, sudut pandang, mindset kita, perlu TEPAT.
Jadi mcm
mana nk anjakkan paradikma ni?
Hubungan
menantu dan mertua adalah hubungan manusia dengan manusia.
Jadi macam mana nk harmonikan
hubungan antara manusia dengan manusia?
Betulkan soal
asas dan teras – contoh senyum, untuk senyum, gerakan otot sedikit je. Sebut
tiga. Tapi senyum bukannya kerja otot, tetapi hati. Kalau x mahu, x senyum
juga.
Jadi nk
selesaikan soal manusia, kne selesaikan soal hati.
Kne pergi
kepada real problem, bukannya presenting problem.
Untuk
selesaikan hubungan dengan manusia sesama manusia, kne selesaikan dahulu
hubungan manusia kepada Allah. Itu asasnya. Modal kita mencintai manusia adalah
dengan kita mencintai dan mengasihi Allah. Jika dengan Allah yg banyak berbudi
kepada kita, mana mungkin kita mencintai budi hamba Allah yang budinya terlalu
sedikit berbanding budi Allah kepada kita. Orang yang rasa terhutang budi
kepada Allah baru dia nampak apa perintah-perintah Allah yang berkaitan
hubungan dengan manusia.
Metafora :
Menyatukan
batu dengan batu guna simen.
Menyatukan
kayu dengan kayu guna paku.
Tapi kalau
nk menyatukan hati dengan hati, mesti dengan menggunakan keimanan dan tauhid
kepada Allah.
Apakah kemungkaran dan menyebabkan
kemungkaran?
1. Kerana percaya kepada Allah tetapi
tidak yakin kepada Allah. (Manusia bertindak bukan ke atas apa yang dia tahu
tetapi atas apa yang dia rasa).
2. Percaya kepada hari akhirat tetapi
tidak yakin kepada pembalasan syurga & takut kepada balasan neraka.
3. Terlalu mencintai diri sendiri dan
meminggirkan orang lain.
Sebab yang
pertama dan kedua adalah soal iman (keyakinan kepada Allah & Hari Akhirat),
sebab yang ketiga adalah soal ukhwah. Hubungan iman dan ukhwah adalah berkadar
terus.
Kemungkaran yang berkait dengan hubungan mertua dan hubungan menantu ini adalah soal ukhwah. Allah SWT berfirman dlm AlQuran apabila Allah nk Perintahkan sesuatu atau Larang sesuatu, bermula dengan “Ya aiyuhallazi na amanu” Bermakna “Wahai orang-orang yang beriman”. Hadis Rasulullah SAW pun sering mulakan dalam hadis Baginda dengan “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat...”. Jadi bila kita nk kuatkan hubungan dengan manusia, kita kena kuatkan hubungan dengan Allah terlebih dahulu.
Surah
Al Anfal [8]-63 - Dan Dia (Allah) telah menyatukan hati-hati mereka (yang
beriman). (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya
namun, kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah mempersatukan
antara mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Gagah), lagi
al-Hakim (Maha Bijaksana).
Kesatuan, perpaduan,
dalam rumah tangga bukan atas dasar kepentingan.
Allah
SWT mengingatkan dalam AlQuran "Kamu lihat mereka itu bersatu padu, tetapi hati mereka berpecah belah".
(Al Hasyr : 14)
Dalam islam,
ibu mertua kita setaraf dengan ibu kandung kita.
(Ibu pada
kandung, ibu bapa mertua, ibu susu, penjaga/keluarga angkat yang membesarkan
adalah satu taraf)
Pegang
mindset ini dari awal lagi. Jadi kalau dari awal kita anggap
mak mertua kita setaraf dengan mak kandung kita, kita akan cuba untuk sayang
mereka.
Apabila
berkahwin dengan seseorang, maknanya kita bersedia untuk berkahwin dengan ahli
keluarga mereka sekali.
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: Aku mengikut sangkaan hambaKu
kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap
Aku.” (Riwayat
Ibnu Abid-Dunya)
Kita akan
dapat apa yang kita fikir dalam mindset kita.
Hak mertua :
1. Keluarga mertua berhak mendapat
ketaatan daripada kita selagi tidak bertentangan dengan Syariat.
2. Ibu bapa mertua juga berhak mendapat
layanan baik daripada kita setiap masa.
Contoh tauladan Rasulullah SAW
Rasulullah
SAW sebagai mertua kepada Saidina Ali dan Saidina Uthman.
1. Saidina Ali merupakan sahabat yang
paling miskin.
“Rasulullah saw memanggil Saidina
Ali dengan nama gelaran ‘Abu Turab’ bermaksud ‘Bapak Pasir/ Debu/ Tanah’. Pada
suatu hari Rasulullah menziarahi rumah Saidina Ali mencari Saidina Ali. Siti
famimah mengadu bahawa terdapat sedikit perselisihan antara aku dengan suamiku
dan dia telah keluar rumah. Rasulullah saw minta tolong tyakan kepada sahabat
dimanakah Saidina Ali berada. Para sahabat maklumkan bahawa saidina Ali ke
masjid. Rasulullah bersegera ke masjid. (Pengajaran untuk lelaki, ada masalah
pergi ke masjid ye. Buat sesuatu yg dekatkan diri kepada Allah (senyum)). Kita
ada masalah dengan isteri kita. Rupanya kita ada masalah dengan Allah. Allah
tegur kita melalui isteri kita. Jadi apabila Rasulullah ternampak Saidina Ali
tidur di masjid. Rasulullah saw usap kepala saidina Ali. (Saidina Ali dah besar
tauuu tapi kasihnya Rasulullah saw kepada Saidina Ali)
2. Saidina Uthman merupakan antara sahabat yang kaya. Rasulullah saw akan
jaga pemakaian dan berwangi-wangian apabila Saidina Uthman datang ke rumah Baginda kerana Saidina Uthman sgt menjaga perilaku dan lemah lembut orangnya. (Menyambut
menantu dan menghormati peribadi beliau).
Rasulullah saw
sebagai menantu kepada Saidina Abu Bakar (suami kepada saidatina Aisyah) dan
Saidina Umar (suami kepada Saidatina Siti Habsah)
1. Pada satu ketika Rasulullah saw
bercerita kepada sahabat, “Aku sangat mencintai Aisyah” Para sahabat bertanya,
“Selepas itu siapa Ya Rasulullah” Baginda menjawab, “Aku mencintai ayahnya
iaitu Saidina Abu Bakar”
*Petua dalam bercinta, hendaklah mencintai orang yang dicintai, oleh orang yang kita cintai.
Hadiah terbaik seorang ayah kepada seorang anak adalah
mencintai si ibunya.
2. Rasulullah saw mempunyai banyak
pujian-pujian yang diberikan kepada Saidina Umar. Sehingga Rasulullah saw pernah
berkata “kalau jalan yang dilalui oelh Saidina Umar tidak akan dilalui oleh syaitan”. “Sekiranya ada nabi
selepasku nescaya Umarlah orangnya..”. ini pujian menantu terhadap mertua.
Rasulullah saw dalam menghandle
problem didalam keluarga
Pernah
terjadi perselisihan diantara Saidatina Aisyah dengan Rasulullah saw. Yang ni
kita kne lihat ibrah ataupun hikmah. Contoh untuk kita selesaikan rumah tangga
kita yang selalu ada problem. Rasulullah saw meminta Saidina Abu Bakar iaitu
mertuanya menghakimi perselisihan tersebut. (Hikmah : kalau ada masalah jgn
balik rumah keluarga masing-masing tapi balik berbincang dengan keluarga mertua.
Waktu itu keluarga mertua memng terasa kita mengadu masalah kita pada mertua,
menyebelahi mereka (mengadu masalah anak pada mereka)). “Siapa nk bercakap
dahulu”, kata Saidina Abu Bakar. “Tentulah saya utamakan baginda Nabi
Rasulullah saw” (untuk ceritakan apa krisis yang berlaku). Waktu tu Saidatina
Aisyah kata, “cakap yang benar-benar saja ye”. Terus waktu tu Saidina Abu Bakar
pukul Saidatina Aisyah dengan pukulan yang tak sakit. Mana mungkin Rasulullah
saw x cakap sesuatu yang benar.
Kisah kedua.
Isteri-isteri Rasulullah saw ada dua blok. Satu blok rumah Saidatina Aisyah, satu
blok Siti Habsah. Pernah sekali terjadi krisis dan Rasulullah saw pergi ke masjid.
Berpisah dengan isteri-isteri baginda untuk sementara. Saidina Omar dapat tahu
dan terus warning dan marah kepada anaknya Siri Habsah, sekiranya kamu
menyakiti Rasulullah saw aku tidak teragak-agak menghukummu.
Penutup
1.
Tujuan perkahwinan.
Asbab berkahwin, yg teras dan asas
adalah berkait dengan tujuan hidup manusia.
Tujuan hidup manusia untuk menjadi
hamba Allah, dan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini, termasuk
memakmurkan muka bumi.
"Tidak Aku ciptakan jin & manusia, melainkan
untuk mengabdikan diri (kepada Aku)" - Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya Aku
mahu jadikan di dunia ini khalifah" - Surah Al Baqarah ayat 30.
Sesungguhnya
Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang
tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya)
sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah
suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan. (Surah Al-Ahzab ayat 72)
Walaupun amanah ini berat, Allah
swt wujudkan manusia ini secara bersama. Bersatu untuk menegakkan tugas-tugas
ini. Hubungan kekeluargaan adalah hubungan yang paling asas sekali. Dan sebelum
wujudnya keluarga, mesti ada hubungan lelaki dan wanita yang bernikah.
Menurut Tarbiah Hassan Al Banna,
wanita teman usrah kita untuk kita melaksanakan baitul muslim untuk menegakkan
kalimah-kalimah Allah. Tugas kita berkahwin adalah untuk mencari pembantu
melaksanakan tugas-tugas tadi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi".(H.R.Al-Baihaqi)
"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi".(H.R.Al-Baihaqi)
2. Memilih nasab.
Nasab sangat penting. Selain agama, nasab
boleh dijadikan kayu ukur memilih calon isteri.
Baginda bersabda, maksudnya ;
”Pilihlah tempat yang
baik untuk air mani kamu keturunan
kamu sesungguhnya urat itu
[keturunan] mempengaruhi.” (Ibnu Majah
dan Ad Dailami)
Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda
lagi ; maksudnya : “Carilah
tempat yang sesuai (isteri) untuk air
mani kamu , sebab
sesungguhnya wanita-wanita itu
melahirkan orang-orang yang
menyerupai saudara lelaki mereka dan
saudara perempuan mereka. (Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir)
Memilih seorang wanita bermakna
memilih sebuah madrasah pertama untuk anak-anak.
Nasab penting, tetapi tidak mengatasi
kepentingan beragama.
Bagaimanapun jangan menghukum manusia
kerana kesalahan ibu bapanya.
Letakkan cinta Allah diatas
segala-galanya untuk kita amalkan unconditional love.
Paradikma kena betul, kalau kita baik,
kita akan dapat melihat kebaikan. InshaAllah.



1 comments:
Menyatukan hati dengan hati menggunakan keimanan dan tauhid kepada Allah.
Post a Comment