SHARING MOMENT: MELENTUR REBUNG
Penyampai : Ibu Wirianingsih (Indonesia)
Secara
peribadi ini adalah sesi kegemaran saya. Sesi dimulakan dengan bacaan ayat suci
Al Quran Surah Ibrahim ayat 37 – 41.
(37)Ya
Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah
yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka
jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka
rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
(38)Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.
(39)Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tuaku Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
(40)Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(41)Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu`min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
(38)Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.
(39)Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tuaku Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
(40)Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(41)Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu`min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
Biodata
keluarga Ibu Wirianingsih dan keluarga diperkenalkan. Nama, umur, status sudah bernikah/belum,
studies, makluman hafazan alquran setiap anak-anak ibu wiri diperkenalkan.
Antara pesanan ibu wiri tentang bagaimana
menghidupkan kecintaan AlQuran.
Pendidikan
AlQuran terpadu
Disokong oleh suami & keluarga besar.
Pembiasaan -
Setelah salat Subuh dan Maghrib
adalah waktu khusus untuk Al-Quran yang tidak boleh dilanggar dalam keluarga
ini.
Bagaimana mendidik anak-anak dengan AlQuran.
1. Model
keluarga ideal. Nilai2 islam itu dimulakan di dalam keluarga.
2. Keluarga
pusat dakwah islam. Merealisasikan dakwah islam yang pertama
3. Keluarga
muslim tauladan
4. Petunjuk
cahaya dan petunjuk.
Surah Al-Ahqaaf 15 - 16
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka."
Surah Luqmān ayat 13-19
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,
semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah
engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak
mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan
bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan
orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang
soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai
anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang
buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar
atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk
dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya;
lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan
suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang
mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya
yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga
rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai".
Fasa
penting pembesaran anak-anak
- TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun).
Jangan sampai kita kehilangan masa-masa penting
perkembangan anak-anak.
- TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun).
- TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun).
- TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun.
Masa kehamilan
Merancang
masa depan.
Pengajaran dari Surah An-Nisaa ayat ke 9
“Dan hendaklah
takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh)
orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula
meninggalkan anak-anak yang da`if (yatim) dibelakang mereka, (tentulah) mereka
akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka oleh
itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan, hendaklah mereka mengatakan
perkataan yang betul (menepati kebenaran).”
Jangan
meninggalkan di belakang kamu generasi yang lemah.
1.
Lemah
iman-> lemah akal -> lemah jiwa-> lemah moral. (perilaku sosial kepada
masyarakat)
2.
Lemah
akal -> lemah daya berfikir -> lemah pemikirannya -> lemah jiwa.
3.
Lemah
fizikal -> lemah pergerakan -> lemah produktiviti.
Kepentingan
memahami kedudukan dan hak anak-anak.
3
pendekatan berdasarkan usia. 20 pertama, 20 tahun kedua, 20 tahun ketiga.
Anak-anak
sebelum 40 tahun, selesai belajar sehingga doktor, tapi sentiasa jadikan
AlQuran sebagai tumpuan utama.
Anak2
perlu diransang secara baik secara terus menerus sejak kecil untuk perkembangan
minda yang sihat.
Cara mendidik
(yang bahasa perbuatan adalah lebih kuat berbanding bahasa perkataan).
1.
Keteladanan
2. Pembiasaan
3. Nasihat
4. Cerita/tazkirah
5.
Reward
& punishment
Mulai
dari saat ini, jadikan setiap detiknya berarti untuk masa depannya yang penuh
erti.
Berhati-hati
dengan bagaimana kita membesarkan anak-anak.
The
first step to learn is the hardest – kerja otak untuk berfikir.
Satu
inspirasi – untuk menjadi dekat dengan Allah.
Disabdakan
oleh Rasulullah s.a.w. , daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk
manusia. Lalu Rasulullah ditanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w. ?
Jawab baginda: Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."
(Riwayat Ahmad, lbnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan An-Nasaie).
Q&A
1.
Adakah ibu Hafizah & berbicara bahasa Arab – masih berusaha
dengan hafazan tetapi inshaAllah kami termasuk dalam keluarga yang mencintai Al
Quran. Kami mahu anak-anak kami mempunyai pendidikan yang lebih baik daripada
kedua orang tuanya. Kami mula menghafal alquran ketika usia lanjut jadi tidak
mahu anak2 mengulangi ketidak tahuan kami.
2.
Doa khusus – tidak pernah meninggalkan solat malam. Tidak pernah
meninggalkan bacaan ini
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا
قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang
yang (mahu) bertaqwa. – Furqan ayat 74
Ketika hamil mariam & afifah (anak perempuan ibu)
ibu bacakan Doa
Nabi Zakaria a.s Surah Al Anbiyaa: Ayat 89
3. Melahirkan
anak-anak setiap tahun. Dengan kekuatan
daripada Allah
La haula wala quwwata
illa billahil 'aliyyil 'azhim".
4. Istiqamah
membaca alQuran sebelum subuh dan selepas magrib. Diupah dengan rewards juga
setiap kali hafazan bertambah. Dan rewards anak-anak disimpan di dalam tabung.
5. Yang
punya hati anak2 kami hanyalah Allah. Jadi kami hanya menyampaikan. Hanya Allah
yang memegang hati anak2 kami.
6. Watching
tv – anak2 tidak diberi kebenaran menonton tv. Minta diberikan radio untuk
mendengar lisan. Anak kecik bermula hafazan dengan nama, maksud dan susunan
surah-surah (sejak 5 tahun). Buat memorandum of understanding untuk menonton
Tv. Berapa jam, siaran apa. Anak-anak dibudayakan dengan membaca buku. Membaca buku
sebagai alternatif selain menonton tv. Pengorbanan membaca – kesemua ahli
keluarga mereka berkaca mata.
7. Para suami perlu mempunyai visi yang
jelas membawa haluan keluarga. Pendidikan harus didahului dengan kemahiran
AlQuran dan dekat dengan AlQuran. Mencintai AlQuran.
8. Bagaimana remaja menghafaz AlQuran
dalam persekitaran bukan Islamik. – dengan keazaman & tekad. Sebenarnya semua
orang ada peluang yang sama. InshaAllah.
9.
Kenapa saya
harus menghafal AlQuran? – jawapan yang sederhana – menghafal AlQuran itu
membuat hidup lebih Hidup. Lebih berkualiti, lebih produktiviti, mulakan dari
program menghafal AlQuran, dan tidak terbatas daripada latar belakang
pendidikan.
10.
Kunci utama kepada asas keluarga, pendidikan anak-anak merupakan
sebahagian daripada keluarga. Mengambil pengajaran daripada kisah Keluarga
Imran. (Surah Al Imran ayat 33). Imran merupakan seorang lelaki yang soleh yang
mendidik isterinya menjadi sangat solehah.
Kisah keluarga yang sangat luar
biasa yang melahirkan keturunan yang soleh dan solehah. (Kisah Mariam &
Nabi Zakaria & Nabi Yahya & Nabi Isa).
Para suami memainkan peranan
menyusun haluan keluarga. Anak-anak yang unggul itu buah daripada keluarga yang
sakinah mawaddah warahmah.
Tidak ada cara lain melainkan
mencintai AlQuran.
11.
PERLU KERJASAMA antara
suami isteri. & Kekuatan Visi pemimpin keluarga.
Memilih pasangan yang mampu
menyokong cita-cita jangka masa panjang kita J (senyum).
12.
Pastikan hak anak-anak cukup sekiranya ibu bapa bekerja. Isteri keluar
rumah untuk bekerja, mamberikan manfaat kepada orang ramai. Keluar rumah dengan
izin suami & bukan untuk melakukan maksiat.
13.
Time management. Apabila kerjasama dengan suami baik, semuanya
akan dipermudahkan. Bagaimana pengurusan waktu itu penuh dengan barakah. Jadikan
setiap detik itu bererti dihadapan Allah. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
14.
Mengenali priority. Urgent, non urgent work to do. Agar waktu kita
berkat.
15.
Setiap manusia perlu belajar daripada kesalahan.
16.
Anak-anak pada usia 7 tahun pertama sgt memerlukan kasih sayang
dan perhatian.
Bukan Ancaman. Jangan menipu
anak-anak. Jangan mengancam dan menafikan anak-anak.
17.
Menggunakan bahasa kasih sayang dengan anak-anak.
Ibnu Batthool rahimahullah berkata, "Menyayangi anak kecil,
memeluknya, menciumnya, dan lembut kepadanya termasuk dari amalan-amalan yang
diridhoi oleh Allah dan akan diberi ganjaran oleh Allah. Tidakkah
engkau perhatikan Al-Aqro' bin Haabis menyebutkan kepada Nabi bahwa ia memiliki
10 orang anak laki-laki tidak seorangpun yang pernah ia cium, maka
Nabipun berkata kepada Al-Aqro' ((Barang siapa yang tidak menyayangi maka tidak
akan disayang)).”
Barangsiapa yang tidak menyayangi dia tidak
akan disayangi.
Terima kasih ibu Wiri & keluarga. Jazakallahukhairan :)



0 comments:
Post a Comment