TARBIYYATUL AULAD ( Mendidik Anak-anak)
Penceramah : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (
Pendakwah )
Tarbiyatul melalui
pendidikan. Berbeza dengan taklim. Seorang pengajar belum tentu menjadi seorang
pendidik.
Peranan ibu
tak sama dengan peranan pengasuh.
Pendidikan anak-anak adalah
tangungjawab ibu bapa.
Bermula dari macam mana nk memilih
calon suami /isteri.
Seorang
lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal
kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana
derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu
menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, minta Tuan jelaskan hak seorang anak kepada
seorang bapa?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul
Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan
mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin!
Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali
ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang
Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang
biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf
pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah
datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.
Kamulah yang telah berlaku buruj dan
jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar
meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik
anaknya sendiri.
Galakan berkahwin.
Rasulullah
SAW bersabda: Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai dan memiliki kasih
sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang
ramai") - Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasaei.
Beza
cemerlang dan soleh ??? Orang yang cemerlang itu orang yang soleh la...
Amalan
memohon anak yang cemerlang.
Doa mohon zuriat yang baik,
Surah Ali-Imran ayat 38. “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Surah
Al Furqan 25 ayat 74. “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang
yang (mahu) bertaqwa. “
Doa
ketika nk bersama dengan isteri (dalam buku perisai muslim pun ada)
Hadis
Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya. (Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya. (Riwayat Imam Muslim)
Ciri-ciri usrah ceria
1.
Ibu
bapa yang ceria
2.
Anak-anak
yang taat
3.
Persekitaran
yang membantu
Surat
At Tahrim ayat 6 dan 7 “ 6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Alloh
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa
yang diperintahkan. 7. Hai orang-orang kafir, janganlah kamu mengemukakan
uzur pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang
kamu kerjakan.”
Allah
ajar kepada kita untuk pelihara kita & keluarga daripada Api neraka. Jangan
biar anak-anak tak solat, tak tutup aurat. Ibu bapa perlu bertanggungjawab. Pengasih
& penyayang serta mendoakan keluarga.
Anak-anak adalah amanah. Untuk kita ajarkan
& didik tujuan kehidupan manusia.
Firman Allah
s.w.t dalam surah Az-Zariyat: ayat 56,
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin
dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”.
Yang kita semua telah
mengaku untuk ikut dalam alam roh lagi
Firman Allah
s.w.t dalam (al - A'raf 7:172):
"Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun)
dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka
sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhanmu ? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah
Tuhan kami), kami mejadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak
berkata pada hari kiamat kelad: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid ini) ini"
Fitrah kejadian manusia
Surah Ar-Rum ayat 54, “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Marhalah
pendidikan anak-anak
- TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
- TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah
anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka
kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara
mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
- TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
- TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Hadis
Rasulullah SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua
ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani mahupun
seorang Majusi.” – riwayat Bukhari dan Muslim.
Daripada
Ibn Umar, katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap kamu
adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua
adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin
kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah
pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang
suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai
penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya
kepemimpinannya." (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Cara mendidik
anak-anak
1.
Bermula dengan qudwah
hasaanah
– ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk anak-anak. masa baik untuk mendidik
& menegur anak - masa atas kenderaan (berjalan), masa makan & masa
sakit.
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang
menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda
kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu);
‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya
kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada
Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia berhimpun untuk
memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi
manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk
kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan
sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang
telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah
kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)
Umar bin Abi Salamah r.a. menceritakan:
“Semasa saya masih kanak-kanak di bawah jagaan Rasulullah s.a.w., suatu ketika
saya makan dalam keadaan tangan saya bergerak sana sini mengambil makanan yang
ada di dalam talam (sedang orang makan bersama). Lalu Rasulullah s.a.w.
menasihatkan saya; “Wahai anakku! Mulakan makan dengan menyebut nama Allah
(membaca Bismillah), kemudian makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari
makanan yang berada di depanmu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Pernah
Nabi saw. menziarahi seorang kanak-kanak Yahudi yang sakit. Nabi saw minta dia
masuk Islam. Kanak-kanak tu tgk ayah dia takut ayah dia marah. Ayah kanak-kanak
tu izinkan dia ikut kata-kata Baginda Rasulullah. Kemudiannya kanak-kanak Yahudi itu memeluk
islam. Kemudian dia meninggal dunia.
2.
Jangan pilih kasih antara anak-anak.
3.
Kita kne beri istijabah. Memberi hak
anak-anak.
4.
Mendoakan anak-anak (jauhi kata-kata negatif)
5.
Jauhi contoh-contoh negatif.
6.
Pendidikan aurat. Jangan bezakan aurat diluar
& sebelum solat.
7.
Pergaulan bebas.
8.
Pendidikan tauhid



0 comments:
Post a Comment