Slot Kedua RUMAHKU SYURGAKU
Penceramah
: Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah, Pendakwah)
Daripada Saad Bin Abi
Waqqas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di antara sumber
kebahagiaan anak Adam itu tiga perkara, manakala di antara punca kecelakaan
anak Adam itu juga tiga perkara. Tiga sumber kebahagiaan mereka adalah isteri
yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Manakala punca
kesengsaraan mereka pula adalah isteri yang jahat, tempat tinggal yang buruk dan
kenderaan yang tidak menyenangkan”.
Definasi Syurga, jangan cuba nk compare dengan definasi syurga akhirat.
:D [tak mampu]
Syurga yang dimaksudkan untuk diusahakan : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu,
isteri-isteri(pasangan) dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.” (Ar Rum:21)
Rumahku Syurgaku.
Aspek spiritual
"Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya
tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut: 3-4)
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ;
Bermula roh-roh itu berkelompok-kelompok, mana yang sesuai (sifat, akhlak, tujuannya), maka roh-roh itu menjadi jinak (saling mencintai). Manakala jika (sifat, akhlak, tujuannya) tidak sepadan, maka ia akan saling menjauh (bertelingkah). -riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud-
Bermula roh-roh itu berkelompok-kelompok, mana yang sesuai (sifat, akhlak, tujuannya), maka roh-roh itu menjadi jinak (saling mencintai). Manakala jika (sifat, akhlak, tujuannya) tidak sepadan, maka ia akan saling menjauh (bertelingkah). -riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud-
Surah
Al Anfal [8]-63 - Dan Dia (Allah) telah menyatukan hati-hati mereka (yang
beriman). (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya
namun, kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah mempersatukan
antara mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Gagah), lagi
al-Hakim (Maha Bijaksana).
Dalam
Sains, seing is believing, tapi dalam Islam, believing is seing.
Aspek spiritual
diperbaiki melalui
1.
Keilmuan (belajar) &
amalan (kekuatan & keikhlasan)
2.
Tahu soal halal & haram
Kalau tak tahu soal halal haram, akan jauh
dari spiritual kepada Allah.
Surah al-Baqarah” ayat 10 yang bermaksud: “Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka
Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya dengan sebab mereka berdusta”.
3.
Zikir & pedoman
4.
Redha Allah semata-mata
5.
Memahami konsep Takdir
& memerlukan iktiar
6.
Aspek emosi dalam
peranan menghasilkan syurga rumah tangga
1.
Belaian
2.
Belas
3.
Ambil berat
4.
Penghargaan (kena faham
bahasa penghargaan) (bahasa berbeza antara lelaki & wanita)
5.
Redha & Toleransi
6.
Cemburu dengan bijaksana
Aspek fizikal
1.
Nafkah zahir
2.
Tempat tinggal
3.
Perhiasan
4.
Kebersihan
5.
Kesihatan
6.
Haruman
Mengurus konflik
rumahtangga
Orang lelaki,
suami, jangan mudah sebut perceraian ketika konflik. Suami kena merendah diri.
Punca konflik
1.
Masalah iman
2.
Ego, sifat sukar memberi
3.
Cemburu buta
4.
Komitmen luar yang
berlebihan (kemahiran memanfaatkan masa terluang)
5.
Harapan yang terlalu
tinggi
6.
Campurtangan pihak ketiga
(kadang kala x ada tp diadakan)
7.
Kebiasaan buruk yang
masih dilakukan setelah berumahtangga
8.
Kewangan (antara masalah
utama)
9.
Keyakinan diri (jangan
rendah diri berlebihan dengan manusia. Rendah diri dengan Allah)
Tips menangani
konflik
1.
Matlamat kehidupan
(mencapai redha Allah)
2.
Berwuduk & solat
3.
Berinfaq untuk
mendapatkan kekuatan
4.
Banyakkan istiqfar
5.
Ambil masa yg sesuai
berbincang (masa sejuk)
6.
Ikhlaslah dalam berkongsi
& bukan membebel
7.
Jaga nada komentar &
kalimah perkataan
8.
Berdoa & munajat
kepada Allah
9.
Ambil peluang positif
dalam menangani konflik
10. Bersabar dalam musibah
Sabda
Nabi saw: “Amat luar biasa urusan kehidupan seseorang mukmin itu. Segala
perkara yang ditempuhi dianggap segalanya baik baginya. Perkara ini tidak akan
dirasai melainkan oleh seseorang yang beriman. Apabila dia diberikan kesenangan
maka dia akan bersyukur kerana dia yakin perkara tersebut adalah baik baginya.
Malah apabila dia ditimpa musibah maka dia akan bersabar kerana perkara itu
juga adalah baik baginya”. (Hadith riwayat Imam Muslim).
Kekuatan seorang
lelaki untuk merendahkan egonya untuk minta maaf & untuk menjadikan
isterinya mengambil peluang untuk minta maaf. (satu pihak minta maaf, satu
pihak yang lain akan turut minta maaf).
Sabda
Rasulullah saw, "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi
syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin
dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang
meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang
membaguskan akhlaknya." [HR Abu Dawud]
Lain-lain cara
menangani konflik (digunakan mengikut kesesuaian)
1.
Elak
-> pendam -> lupakan
2.
Muafakat
-> win-win situation -> fahamkan punca & sebab
3.
Penyesuaian
-> toleransi -> hormat perbezaan
4.
Bersaing
-> toleransi -> buktikan
Tanggungjawab suami
Suami yang
profesional & mukmin
Beriman
1.
Sabar
2.
Lemah
lembut
3.
Peyayang
4.
Menekankan
ibadah, ilmu dan keikhlasan
I’tqan
1.
Berkomunikasi
2.
Cekap
mengenal masalah & solusi
3.
Pendengar
yang baik
4.
Tahu
prioriti
5.
Kenal
pasti waktu yg berkesan untuk buat sesuatu perkara
6.
Tahu
ilmu-ilmu kemasyarakatan
Murabbi
1.
Membimbing
& memberikan inspirasi (leader bukan bos)
2.
Contoh
& tauladan
3.
Penyayang,
beri ilmu, pengajar & kefahaman. Kalau x mampu kne bawak isteri pergi
belajar sekali.
Satu
perkara yang mendukacitakan bila isteri suka pergi majlis ilmu tapi suami
xsuka....ini boleh mencetuskan konflik. (contoh belajar ilmu solat).
Ambil berat perkara
rohani.
1.
Tujuan
hidup & rukun iman. Cinta Allah & Rasul
2.
Aktiviti
ibadah
3.
Awasi
dayus suami/isteri (membiarkan isteri melakukan maksiat dengan tidak mahu
mengambil tindakan kerana terlampau cinta kepada isterinya).
4.
Awasi
nusyuz isteri/suami (derhaka apabila mengabaikan tangungjawab).
5.
Mahir
berjenaka & bergurau
6.
Hadiah2
7.
Mendengar
& komunikasi
8.
Masa2
berkualiti
9.
Makanan
halal
Jangan ambil mudah
perkara-perkara hal keberkatan. Jika diambil mudah keberkatan akan pergi. Jangan
abaikan.
Jangan
berhenti berkenalan dalam rumahtangga, nescaya kamu tetap hangat bercinta
Rumahtangga
kita adalah aset pelaburan akhirat kita, kendalikan dengan serius, ilmu yang
peka. Jangan buat lebih kurang.
Perancangan
kewangan
1.
Jauhi
riba/judi/penipuan
2.
Jauhi
pemborosan & membazir
3.
Kurangkan
dan selesaikan hutang segera
4.
Pelaburan
dalam aset didahulukan (rumah, emas, tanah)
5.
Peka
dalam bab hukum



1 comments:
uzar pun ade. biase suke baca hal muamalat yg beliau bentangkan.
Post a Comment