"Tidak Aku ciptakan jin & manusia, melainkan untuk mengabdikan diri (kepada Aku)" - Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.
Bagaimana ikrar pengabdian mu wahai diri?
"Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya Aku mahu jadikan di dunia ini khalifah" - Surah Al Baqarah ayat 30.
Bagaimana kamu sebagai pentadbir pada tanggungjawab mu?
Terasa diri sangat sederhana melihat kehebatan mereka yang aktif dalam bidang dakwah , tarbiyah & kecemerlangan kepimpinan mereka. Siapalah diri berbanding mereka?
Mungkin ini satu permulaan kepada satu lagi kembara?
Allahuakbar. Bantu aku Ya Allah.
Hati adalah muara untuk banyak pelajaran berharga. Tak ternilai kasih sayang Tuhan yang begitu melimpah. Hingga saat ini, yang kupunya hanya syukur. Dengan cara menerima yang paling sederhana.
La haula wa la kuwata illa billah…
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua
Hamka menginspirasi,
"Pada waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang"
Mohon petunjuk dan permudahkan Ya Allah.



0 comments:
Post a Comment